Insititut Diabetes Negara (NADI) bakal menganjurkan acara larian amal bagi mengisi dana untuk membantu kos rawatan kanak-kanak Malaysia yang menghidap diabetes Jenis-1.

Larian 6KM Run For Hope ini akan diadakan di Taman Seri Empangan, Presint 5, Putrajaya pada 1 Disember depan.

“6KM Run For Hope dibuka kepada tiga kategori iaitu lelaki dan wanita, pelajar dan terbuka yang dinamakan sebagai 3km Unity Walk.

“Bagi kategori lelaki dan wanita, yuran penyertaan ialah RM70, untuk kategori pelajar, RM45 dan terbuka atau unity walk, mereka hanya perlu membayar RM35,” kata Pengurus Pembangunan Mareepoosa

Creative & Event (MCE) Kunor Ku Pengiran yang bertindak sebagai penganjur acara dalam satu kenyataan.

Kunor berkata Unity walk terbuka kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak bawah sembilan tahun kerana jarak berjalan kaki untuk mereka adalah lebih pendek iaitu tiga kilometer sahaja.

Selain acara larian, acara amal ini juga akan dimeriahkan dengan pelbagai pengisian seperti zumba, aerodance dan persembahan artis-artis tanah air, kata beliau.

“Bagi memeriahkan lagi acara untuk mengisi dana NADI, pihak NADI membuka reruai untuk pemeriksaan kesihatan percuma kepada orang ramai,” kata Kunor.

Orang ramai yang ingin menyertai acara larian amal 6KM Run For Hope boleh mendafar di dalam talian www.diabetesmalaysia.com.my atau hubungi 0143286323 untuk pertanyaan lanjut.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR