Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Muhammed Nafees Zakaria di pejabat beliau di sini.

Pertemuan yang berlangsung 30 minit itu antara lain membincangkan pelbagai aspek termasuk pendidikan dan pelancongan serta meningkatkan dagangan antara Malaysia dan Pakistan.

Dalam pertemuan itu, Dr Wan Azizah dan Muhammed Nafees turut berbincang tentang kerjasama dalam sektor perdagangan halal.

Timbalan perdana menteri menyambut baik cadangan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan untuk melawat Malaysia yang dijadual pada bulan ini selain mengalu-alukan kedatangan pasukan kriket Pakistan untuk beraksi di negara ini.

(Bernama)

Share

VIDEO POPULAR