Insiden pertengkaran dan pergaduhan yang berlaku antara seorang penumpang dan pemandu sebuah bas telah didapati menjadi punca kenderaan itu terhumban ke dalam Sungai Yangtze di barat daya Perbandaran Chongqing di China, lapor agensi berita Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.

Sejumlah 13 mayat telah dikeluarkan dari sungai di Daerah Wanzhou itu dan mangsa telah dikenal pasti.

Dua lagi masih hilang.

Siasatan awal mendapati bahawa sejumlah 15 orang, termasuk pemandu, berada dalam bas malang itu ketika nahas berlaku pada Ahad.

(Video: Youtube)

(Bernama)

Share
Tags: Kategori: Global

VIDEO POPULAR